Koperasi Politeknik Kota Bharu Berhad KM 24, Kok Lanas 16450 Kota Bharu Kelantan

Latarbelakang

Politeknik Kota Bharu ditubuhkan pada tahun 1984. Usaha kearah penubuhan koperasi milik warga PKB telah bermula sejak itu.

Koperasi PKB Berhad telah berjaya ditubuhkan pada ...... bagi memenuhi permintaan kepada pelbagai kemudahan, perkhidmatan dan perbekalan yang semakin meningkat selari dengan perkembangan operasi dan pertambahan staf Politeknik.

Kemudahan seperti kedai serbaguna, cyber cafe, kiosk, dobi dan kemudahan-kemudahan lain bukan saja telah dilaksanakan malah banyak lagi perancangan telah dibuat termasuk pelaburan dalam bidang hartanah oleh koperasi dengan sokongan dan bantuan Pengurusan Politeknik.

Dengan tertubuhnya koperasi, pelbagai kemudahan mampu dimajukan untuk memenuhi keperluan pelajar dan kakitangan Politeknik, disamping kemudahan yang telah sedia ada. Anggota yang mencarum boleh mendapatkan segala perkhidmatan dan bekalan ini dengan kadar harga yang berpatutan, perkongsian keuntungan dalam bentuk dividen.