Koperasi Politeknik Kota Bharu Berhad KM 24, Kok Lanas 16450 Kota Bharu Kelantan

Selamat Datang Ke Koperasi PKB Berhad

imag

Koperasi Politeknik Kota Bharu adalah sebuah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia. Ianya dianggotai, dimodali dan diurustadbir oleh kakitangan dan juga pelajar berasaskan semangat dan kerjasama untuk menjaga kebajikan serta memajukan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya.

Koperasi juga menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan memjana modal dan kewangan yang dapat membantu meringankan beban kewangan anggota-anggotanya.

Selain mendapat pulangan dalam bentuk dividen, anggota-anggotanya juga boleh menikmati harga barangan dikedai koperasi yang lebih murah dari pasaran, kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman, khairat kematian serta sumbangan kepada ahli yang memerlukan, bergantung kepada peraturan yang diluluskan oleh koperasi dari masa kesemasa

Keahlian

rightalignKeahlian anggota Koperasi PKB Berhad adalah terbuka kepada semua warga Politeknik Kota Bharu iaitu pensyarah, kakitangan pentadbiran serta para pelajar.

Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dilantik secara undian di Mesyuarat Agung Tahunan. Ahli-ahli adalah terdiri daripada seorang Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Bendahari, Setiausaha, dan 11 orang anggota Lembaga. Setiap anggota berhak mencalonkan sesiapa daripada kalangan anggota untuk menduduki kerusi Lembaga Koperasi.

Waktu Berurusan

rightalignWaktu berurusan bagi Koperasi PKB berhad adalah bermula seawal 8.00 Pagi iaitu dari Hari Ahad hingga Rabu manakala pada hari Khamis bermula pada jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang. Pada hari Jumaat dan Sabtu urusan ditutup.