Koperasi Politeknik Kota Bharu Berhad KM 24, Kok Lanas 16450 Kota Bharu Kelantan

Tujuan Penubuhan

1. Memenuhi Keperluan Pelajar dan Kakitangan di PKB.

Koperasi Politeknik Kota Bharu Berhad diwujudkan bagi memenuhi keperluan anggota kepada sebuah koperasi pengguna yang boleh memberikan pulangan keuntungan dan kebajikan kepada angota, beroperasi dalam lingkungan PKB atas premis kerjasama dan kesepakatan.

2. Memberi Khidmat Kepada Anggota.

Anggota akan mendapat faedah daripada operasi Koperasi PKB Berhad dalam bentuk pulangan pelaburan, penggunaan kemudahan yang akan disediakan oleh Koperasi, misalnya pinjaman kewangan, khairat kematian, sumbangan dan sebagainya.

3. Memunafaatkan Ruang Niaga Yang Sedia Ada.

Ruang niaga yang sedia ada dalam PKB, dengan potensi pelanggan melebihi 5000 orang wajar dimunafaatkan oleh koperasi. Terdapat beberapa ruang niaga yang boleh dipohon daripada PKB untuk pelbagai jenis perniagaan merangkumi stationari, buku, keperluan harian dan makanan.

4. Meningkatkan Ekonomi Anggota Melalui Dividen Dan Appresiasi Modal.

Boleh meningkatkan taraf ekonomi anggota melalui dividen dan appresiasi modal. Koperasi PKB Berhad telah di kenalpasti sebagai penjana ekonomi untuk staf PKB serta pelajar yang memilih untuk menjadi anggota. Secara dasarnya, anggota akan menikmati pulangan pelaburan melalui dua kaedah asas, yakni pembayaran dividen (wajib minima) dan perkembangan modal (Capital Appreciation). Koperasi PKB Berhad juga akan memastikan pembayaran bonus yang berterusan kepada anggota berdasarkan keuntungan kewangan semasa.

5. Memberi Peluang Perniagaan Kepada Semua.

Adalah menjadi harapan Koperasi PKB Berhad membantu anggota dan staf PKB yang berminat untuk menjadi usahawan. Peluang ini akan terwujud dengan lebih luas apabila pihak Pengurusan Politeknik memberi dan menyediakan pelbagai kemudahan dan saluran bisnes yang tersedia di Politeknik.

6. Mengaktifkan Wang Simpanan Anggota.

Mengaktifkan wang simpanan anggota koperasi melalui pelbagai aktiviti pelaburan yang diluluskan oleh Lembaga Koperasi. Wang yang aktif , InsyaAllah akan membuahkan hasil yang positif dan memberi munafaat kepada anggota.

7. Membantu Ahli Mendapatkan Barangan Harian Secara Mudah.

Koperasi PKB Berhad sentiasa memastikan segala keperluan untuk tujuan pembelajaran terutamanya kepada pelajar sentiasa tersedia seperti kemudahan photostat, internet, printing, binding dan sebagainya.